Program BSN Selari Matlamat BNM

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Karnival mini 'Kembara Riuh Sakan BSN' Bank Simpanan Nasional (BSN), berjalan selari matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) mempromosi kecekapan dalam perkhidmatan perbankan dan industri kewangan mikro yang cergas dan mantap.

Karnival mini itu yang merupakan program capaian, disasarkan untuk sampai kepada masyarakat di pinggir bandar bagi menyebar luas manfaat menggunakan perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB) dan skim pembiayaan mikro BSN, katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN (Perbankan Komuniti), Yunos Abd Ghani berkata sehingga Jun tahun ini, BSN mempunyai 5,300 EBB di seluruh negara dengan kira-kira 435 ejen di Kedah sahaja.

"Dari 2012 hingga Jun 2014, ejen itu mengendalikan 20.8 juta transaksi bernilai RM1.73 bilion. Kedah sahaja mencatatkan 2.36 juta transaksi bernilai RM167 juta," katanya.

Mengenai pembiayaan mikro, Yunos berkata BSN akan terus meningkatkan kesedaran untuk skim berkenaan, terutama di kawasan yang belum menerima perkhidmatan itu namun berpotensi untuk mewujudkan dan mengembangkan perniagaan mikro.

"Kami mempunyai kir-kira 30,000 pelanggan kewangan mikro, dan mahu meningkatkannya kepada kira-kira 6,000 menjelang akhir tahun," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Kewangan dan Perusahaan BNM Marina Kahar berkata BNM memperakui usaha yang dijalankan oleh institusi kewangan dalam mendekatkan diri dengan masyarakat dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkhidmatan perbankan, terutama di kawasan yang menyediakan ejen perbankan dan pembiayaan mikro.

"Perkhidmatan ini akan membantu orang ramai dan usahawan memiliki akses kepada perkhidmatan perbankan asas dan pembiayaan untuk keperluan perniagaan mereka," katanya.

Tags / Kata Kunci: BNM , BSN

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan