Miti Akan Teruskan Penganjuran Festival Keusahawanan Bersama Thailand

Diterbitkan: Khamis, 19 Jun 2014 7:20 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan meneruskan penganjuran festival keusahawanan bersama Thailand bagi meneroka pelbagai peluang perniagaan di negara berkenaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Miti, Khalidah Mohd Darus berkata kerjasama perdagangan itu penting berikutan keupayaan program itu dalam memantapkan pembangunan perdagangan kedua-dua negara.

"Hasil perbincangan yang dijalankan, Thailand juga menyambut baik kerjasama itu. Kemungkinan program ini akan dilakukan secara bergilir-gilir mulai tahun hadapan," katanya kepada pemberita pada majlis makan tengah hari rantaian bersama Miti di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Festival Perdagangan 'OTOP-Groombig' Asean selama seminggu mulai Ahad lepas, di dataran Stadium Sultan Muhammad IV di sini, yang disertai 300 usahawan dalam pelbagai sektor dari negeri Pantai Timur, Perak, Sabah, Sarawak, Thailand serta wakil usahawan dari negara anggota ASEAN.

Aktiviti sepanjang festival itu termasuk pameran dan jualan produk, seminar keusahawanan, sesi pemadanan perniagaan, bual bicara tokoh usahawan dan pelancaran kelab usahawan sekolah.

Khalidah berkata penyertaan dalam festival itu akan ditambah sebanyak 20 peratus tahun hadapan, dalam pelbagai bidang, termasuk sektor halal, yang dijangka mendapat sambutan penduduk beragama Islam di Thailand.

Beliau berkata festival itu bukan hanya bertujuan mewujudkan jaringan hubungan pembangunan dan pemasaran produk, malah untuk menyalurkan maklumat kepada peserta supaya lebih berdaya saing di peringkat global.

Katanya ilmu berkaitan prosedur perdagangan dan maklumat penghasilan produk yang menepati piawaian antarabangsa penting bagi usahawan untuk mengetengahkan produk ke pasaran global.

Tags / Kata Kunci: Miti , Thailand

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan