Projek Loji Janakuasa Di Johor: YTL Power Tarik Diri

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek membangunkan loji tenaga kitaran bersepadu bernilai RM3 bilion di Pasir Gudang, Johor.


Menurut syarikat itu, walaupun Suruhanjaya Tenaga (EC) telus dalam menyediakan syarat pemberian projek denga kapasiti 1,000 MV hingga 1,400 MV itu, namun bagi meredakan salah faham yang berlaku, ia memutuskan untuk menarik diri.

"Ia untuk menghilangkan sebarang keraguan ke atas komitmen kerajaan untuk ketelusan dan tadbir urus yang baik," menurut syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, sebentar tadi.

Berikutan pengumuman itu, saham syarikat memberi respons negatif di mana sehingga pukul 11 pagi, kaunter turun satu sen kepada RM1.47 selepas dibuka satu sen lebih tinggi pada RM1.49, dengan 1.72 juta saham bertukar tangan.

Sebelum ini, ada kritikan mengenai cara kontrak diberikan melalui rundingan langsung berbanding bida persaingan oleh EC.

Laporan semalam juga memetik Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd Datuk Seri Azman Mohd sebagai berkata syarikat utiliti negara masih menilai anugerah bersyarat bagi Projek 4A.

Kesatuan TNB juga menghantar memorandum untuk menyuarakan bantahan mereka kepada syarikat utiliti negara bekerjasama dengan YTL Power.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan