Clixster Mobile Peruntuk RM5 Juta Untuk Iklan Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 8:21 PM

Azrinaz menyempurnakan pelancaran program pengiklanan Clixster Mobile di Hentian Bas Jalan Duta, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penyediaan rangkaian telekomunikasi mudah alih maya (MVNO) pertama di Asia Tenggara, Clixster Mobile memperuntukkan RM5 juta untuk pelan pengiklanan dan tajaan sepanjang tahun ini.


Menerusi bajet itu, syarikat milik penuh Bumiputera ini merangka strategi untuk meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatannya di seluruh negara menerusi produk ‘Panggilan Percuma Clixster’, ‘Bersosial Dengan Internet Tanpa Had’, ‘Bonus Percuma RM7’ dan ‘Panggilan Terendah’.

Projek menggunakan 60 bas Transnasional dan City Liner serta papan iklan di lima negara, selain televisyen, radio dan platform media sosial itu bermula Jun hingga akhir tahun ini.

Pengarah Clixster Mobile, Azrinaz Mazhar Hakim berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk menyediakan pelan rapi pengiklanan menggunakan perkhidmatan awam dan papan iklan.

"Pada fasa pertama suku kedua tahun ini, syarikat memberi tumpuan kepada pengiklanan membabitkan 'bus wrapping' untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Utara dan Pantai Timur bermula Jun hingga September.

"Seterusnya, fasa kedua yang bermula Oktober hingga Disember ini meliputi laluan KL ke Selatan, manakala promosi di Sabah dan Sarawak pula Clixster merancang  menggunakan program sama pada suku kedua tahun ini," katanya pada majlis pelancaran program pengiklanan Clixster Mobile di Hentian Bas Jalan Duta, di sini Rabu.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Azlan Khamis dan Ketua Pegawai Komunikasi, Jenama dan Media, Hazran Mohamed.

Mengenai pengiklanan papan iklan, Azrinaz berkata, 30 unit di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak juga menampilkan produk sama.

Selain itu, Clixter juga menaja beberapa program di televisyen, karnival, kejohanan sukan dan jersi Kesatuan Ragbi Malaysia.

"Program Bual Bicara Secara Langsung ‘SAMBARIA’ sempena Piala Dunia 2014 juga ditaja Clixster," katanya.

Bertepatan dengan matlamat syarikat untuk menarik minat belia, Clixster turut menjayakan aktiviti pada Karnival Hari Belia Putrajaya 2014 dan Saturday Night Fever (SNF) Drag Race yang akan menjelajah ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

"Clixster Mobile juga menaja Persatuan Belia Bebas Dadah (DFYA) Drug yang bergerak secara aktif di dalam memberi kesedaran kepada belia terhadap keburukkan dadah, alkohol dan tembakau," katanya.



Tags / Kata Kunci: Clixster Mobile , MVNO , Bumiputera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan