UOB Akan Tambah Pinjaman Rentas Sempadan - Niaga | mStar

UOB Akan Tambah Pinjaman Rentas Sempadan

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 2:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikutan meningkatnya pelaburan perniagaan ke Malaysia, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) menjangkakan pinjaman merentas sempadannya turut meningkat 30 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Angka itu boleh dicapai berikutan semakin banyak syarikat menggunakan perkhidmatan Unit Penasihat Pelaburan Langsung Asing (FDI)nya, pertama seumpamanya di Malaysia.

Unit ini menyediakan penyelesaian sehenti untuk syarikat yang memerlukan akses kepada perbankan korporat, perbankan komersil serta produk dan perkhidmatan perbankan peribadi rentas sempadan, katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Pada tahun pertama UOB Malaysia mewujudkan Unit Penasihat FDI, bank itu menambah sekali ganda pinjaman rentas sempadan ke negara ini kepada pelanggan. Ini dicapai dua tahun lebih awal daripada sasaran bank.

Para pelanggan juga boleh meraih manfaat daripada rangkaian kukuh rakan strategik UOB dalam profesion undang-undang, perkhidmatan audit, perundingan perniagaan serta agensi kerajaan utama di rantau ini.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Kevin Lam Malaysia kekal sebagai lokasi menarik untuk peluasan perniagaan di Asia.

"Persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia, kos buruh dan tanah yang lebih rendah merupakan faktor tarikan penting syarikat yang ingin merebut pertumbuhan peluang di luar negara mereka.

"Secara khususnya, kami melihat minat yang kukuh dalam peluang peluasan di wilayah ekonomi selatan dan Greater Lembah Klang," katanya.

Sementara itu, peningkatan dalam pinjaman merentas sempadan UOB Malaysia, menyokong pertumbuhan FDI ke Malaysia.

Pada 2013, Malaysia menarik FDI bernilai RM38.7 bilion, meningkat 24 peratus berbanding 2012.


Tags / Kata Kunci: UOB
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan