InvestKL Sasar 100 MNC Menjelang 2020

Diterbitkan: Selasa, 17 Jun 2014 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: InvestKL berada pada landasan betul untuk menarik 100 perbadanan multinasional terbesar dunia (MNC)  menubuhkan ibu pejabat serantau di ibu negara menjelang 2020.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainal Amanshah berkata, setakat ini, InvestKL membawa masuk 38 MNC, bersama-sama 6,385 pekerjaan berkemahiran tinggi dan pelaburan RM639.44 juta.

"Pelaburan daripada syarikat asing itu penting untuk menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan memandangkan ia menjana lebih banyak pendapatan kepada negara," katanya kepada pemberita sebelum Jelajah Media Datuk Bandar Kuala Lumpur di sini, Selasa.

InvestKL adalah sebuah entiti kerajaan di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berkata Kawasan Ekonomi Utama Greater KL sudah mencapai 98 peratus daripada sasaran Indeks Prestasi Utama pada 2013.

Beliau berkata, kesan pembangunan bandar melalui projek 'hijau' akan menarik pelaburan ke bandar bagi mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan pada masa yang sama meningkatkan infrastruktur awam.

"Tahun ini, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur menyasarkan untuk menanam kira-kira 30,000 pokok dalam bandar. Sejumlah 120,000 pokok sudah pun ditanam oleh sektor swasta dan awam sejak 2011," katanya.


Tags / Kata Kunci: InvestKL , MNC , Zainal Amanshah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan