Ada Pihak Cuba Jejaskan AirAsia - Tata Sons

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 3:48 PM

airasia
(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Tata Sons, pemegang kepentingan dalam AirAsia India, menuduh "pihak pentingkan diri sendiri yang tidak mahukan persaingan bebas dan adil menyebarkan cerita tidak berasas bagi menjejaskan operasi syarikat penerbangan itu, demikian menurut satu laporan berita.

The Tatas, rakan kongsi syarikat penerbangan tambang rendah baharu itu bersama dengan AirAsia Malaysia dan Telestra Tradeplace, membidas dakwaan ketua parti politik Subramanian Swamy terhadap AirAsia India, menyifatkannya sebagai "mengelirukan".

"Pihak pentingkan diri sendiri, yang tidak mahukan persaingan bebas dan adil yang boleh memberi manfaat kepada pengguna perkhidmatan udara, menyebarkan cerita tidak berasas untuk menjejaskan operasi AirAsia India," Press Trust of India memetik Tata Sons sebagai berkata dalam satu kenyataan.

Menegaskan bahawa AirAsia India menerima semua kelulusan daripada kerajaan dan Directorate General of Civil Aviation (DGCA) untuk melancarkan operasi itu, ia berkata: "Meskipun pelbagai permohonan yang dibuat, antara lainnya, oleh Dr Swamy, tiada sebarang injuksi diperintahkan oleh mana-mana mahkamah untuk menghalang AirAsia India daripada memulakan operasinya."

AirAsia India pada Khamis menjadi syarikat penerbangan tambang rendah keempat negara itu yang memulakan operasi, dengan penerbangan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di Bangalore ke Goa.

Syarikat penerbangan itu diberikan lesen penerbangan oleh pengawal selia penerbangan DGCA bulan lepas selepas menunggu selama sembilan bulan dan berdepan dengan pelbagai halangan undang-undang.

Subramanian telah menulis kepada Election Commission, DGCA dan Kementerian Penerbangan Awam agar tidak memberikan lesen kepada AirAisa India atas alasan bahawa perkara itu sedang diuruskan oleh mahkamah dan ia akan "menjadi salah laku jenayah"

Menurut laporan itu, Tata Sons berkata kemasukan syarikat penerbangan baharu seperti AirAsia India akan memberi manfaat amat besar kepada pengguna, menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik.

Tags / Kata Kunci: AirAsia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan