suria

Boeing, Jrakan Jepun Setuju Atas Bekalan 777X

KUALA LUMPUR: Boeing pada Jumaat mengumumkan ia sudah mencapai persetujuan bersama lima rakan utama Jepun untuk bekerjasama dengannya bagi memenuhi matlamat pembinaan pesawat baharu 777X.

Dalam satu kenyataan, Boeing berkata Japun Aircraft Industries (JAI) dan Japan Aircraft Development Corporation (JADC) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) untuk menyediakan kira-kira 21 peratus daripada komponen struktur kapal terbang utama untuk 777X.

Komponen berkenaan termasuk bahagian fiuslaj, bahagian sayap utama selain gear mendarat dan pintu penumpang dan kargo.

JAI ialah konsortium Mitsubishi Heavy Industries, Kawasaki Heavy Industries, Fuji Heavy Industries, ShinMaywa Industries dan NIPPI Corporation, dengan JADC merupakan yayasan yang ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan, bagi meningkatkan daya saing industri pesawat Jepun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airplanes Boeing Commercial Ray Conner berkata syarikat yang membentuk JAI merupakan syarikat-syarikat berprestasi tinggi dengan produk berkualiti.

"Mereka adalah model perkongsian yang kami perlukan daripada pembekal global, untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, selain memenuhi perubahan permintaan dalam pasaran," katanya.

Boeing menjalin usaha sama dengan syarikat aeroangkasa Jepun sejak hampir lima dekad dengan membangunkan dan mengeluarkan Generasi Akan datang 737, 737 MAX, 747, 767, 777, 787 Dreamliner, dan kini 777X.

Pada 2013, Boeing membelanjakan lebih US$4 bilion ke atas barangan dan perkhidmatan di Jepun yang menyokong puluhan ribu pekerjaan dalam bidang aeroangkasa.

Presiden Boeing Jepun George Maffeo berkata perjanjian itu memanjangkan lagi hubungan penting dan strategik Boeing dengan Jepun untuk dekad akan datang.

"Memandangkan 777X lebih besar daripada 777, nilai struktur komponen diperoleh dari Jepun akan berkadar lebih tinggi, menjana lebih banyak nilai untuk rakan-rakan kami dan juga untuk Boeing," katanya.

The 777X memanfaatkan barisan utama 777 yang menjadi pilihan penumpang.

Barisan 777X termasuk 777-8X dan 777-9X - kedua-dua dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran dan menjadi pilihan pelanggan.

Reka bentuk 777X sedang dibangunkan. Pengeluaran dijangka bermula pada 2017, dengan penyerahan pertama disasarkan pada 2020.

Boeing

Artikel Sebelum

Artikel Lain