TM Lancar 'Stream Champion Deal'

Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 12:47 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Telekom Malaysia (TM) melancarkan kempen produk terbaru dikenali sebagai 'Stream Champion Deal' yang menawarkan pelanggan TM untuk menaik taraf kelajuan jalur lebar bagi menikmati pengalaman 'streaming' sebenar tanpa had dan tanpa gangguan.

Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Ramlan Omar berkata, TM menawarkan pelanggannya untuk menaik taraf kelajuan jalur lebar kepada UniFi VIP 10 atau UniFi VIP 20 secara percuma apabila mereka melanggan HyppTV Mega Pack atau Sports Pack.

"Bagi pelanggan sedia ada dan baharu untuk perkhidmatan Streamyx yang melanggan atau menaik taraf kepada pakej 8Mbps boleh menikmati HyppTV Platinum Pack atau Ruby Pack percuma," katanya kepada pemberita selepas perlawanan boling antara TM Negeri Sembilan dengan pelanggan TM dan media Negeri Sembilan di sini, malam Rabu.

Katanya, perkhidmatan UniFi di Negeri Sembilan telah mula dinikmati penduduk di kawasan ibu sawat Senawang dan Nilai dan mulai tahun ini pihaknya memperluaskan perkhidmatan UniFi ke kawasan Seremban 2.

"Sehingga kini, UniFi di kawasan ini meliputi hampir 14,000 premis dan lebih 5,000 pelanggan kami telah menikmati perkhidmatan UniFi ini. Kami merancang untuk memperluaskan kawasan liputan perkhidmatan UniFi ke Seremban, Rasah dan Port Dickson akhir tahun ini atau tahun depan," katanya.

Ramlan berkata, TM mendapat maklumbalas positif dan permintaan yang amat baik untuk perkhidmatan UniFi daripada pelanggan dan pihaknya juga telah menaiktaraf perkhidmatan di kawasan yang tiada liputan UniFi.

Katanya, TM turut menawarkan perkhidmatan jalur lebar Streamyx dengan kelajuan sehingga 8Mbps bagi kawasan terpilih dan bersama perkhidmatan HyppTV.

Mengenai perlawanan boling itu, beliau berkata program itu diadakan untuk merapatkan hubungan di antara TM bersama pelanggan sektor kerajaan serta wakil media di negeri ini.

Program itu melibatkan 30 wakil media serta 45 pelanggan sektor kerajaan negeri serta Persekutuan.


Tags / Kata Kunci: TM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan