suria

BMW 3 Series Gran Turismo: Model Terbaharu Dipasang Tempatan

Pils bersama model terbaharu BMW 3 Series Gran Turismo
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series Gran Turismo, model baharu varian BMW ke-14 yang akan dipasang di negara ini.

Pengeluar auto premium itu menawarkan BMW 3 Series Gran Turismo dalam dua varian iaitu BMW 328i Gran Turismo dan BMW 320d Gran Turismo.

"Kami memperkenalkan satu lagi model istimewa BMW bagi pelanggan Malaysia kami yang dibina di sini, di Malaysia.

"Sebagai tambahan kepada portfolio kenderaan premium dipasang tempatan, BMW 3 Series Gran Turismo baharu itu mengukuhkan lagi komitmen kepada negara ini yang menjadi kediaman kami selama lebih 10 tahun," kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils, katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, model baharu itu akan menyediakan kepada pelanggan Malaysia pelbagai pilihan produk daripada pengeluar kereta premium itu.

Model BMW 3 Series Gran Turismo menampilkan kombinasi sport dinamik sedan dengan ciri-ciri praktikal kereta lumba.

"Kami yakin BMW 3 Series Gran Turismo baharu yang dipasang tempatan ini akan terus menyediakan pengalaman pemilikan kereta premium yang lengkap daripada BMW Group kepada pelanggan sedia ada dan baharu kami. Ia akan sekali lagi terbukti menjadi penyumbang utama kepada kejayaan kami di sini di Malaysia," kata Pils. 


Artikel Lain