Kadar Inflasi China Naik 2.5 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Indeks harga pengguna (IHP) China meningkat ke paras tertinggi dalam empat bulan pada 2.5 peratus secara perbandingan tahun ke tahun pada Mei, daripada 1.8 peratus pada April, kata Biro Perangkaan Negara (NBS).

Kenaikan ini terutamanya disebabkan oleh lonjakan harga makanan, terutamanya buah-buahan segar yang naik 20 peratus daripada tahun sebelumnya, demikian menurut data-data yang dikeluarkan Selasa.

Data-data itu menunjukkan harga makanan meningkat 4.1 peratus tahun ke tahun pada Mei, hampir sekali ganda kadar 2.3 peratus pada April.

Berdasarkan bulan ke bulan, IHP naik sedikit iaitu 0.1 peratus pada Mei.

NBS mengaitkan IHP yang lebih tinggi ini kepada "kesan lanjutan" daripada asas perbandingan yang rendah tahun lepas.

Kerajaan China menetapkan sasaran inflasi pada 3.5 peratus tahun ini.

Data-data NBS itu juga menunjukkan indeks harga pengeluar (IHPG), yang mengukur inflasi pada paras borong, menguncup 1.4 peratus tahun ke tahun pada Mei, berikutan penurunan dua peratus pada April.

Tags / Kata Kunci: China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan