suria

UMW Toyota Akan Kembangkan Rangkaian

KUCHING: UMW Toyota Motor akan terus melabur bagi mengembangkan rangkaiannya untuk memenuhi permintaan dan memuaskan hati pelanggan, kata Presidennya Datuk Ismet Suki.

"Tahun lepas kami menguasai bahagian pasaran lebih sedikit daripada 14 peratus dan meneruskan penguasaan kami dalam segmen kereta bukan nasional bagi tahun ke-24 berturut-turut," katanya sambil menambah syarikat itu menyasar jualan lebih 100,000 unit bagi kenderaan Toyota dan Lexus tahun ini.

Di Sarawak sahaja syarikat itu menjual lebih 12,200 unit, dengan Hilux terus menjadi model paling popular menguasai lebih 50 peratus bahagian pasaran, katanya.

"Dengan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kemajuan prasarana di Sarawak, UMW Toyota Motor mengunjurkan peningkatan jualan yang ketara di negeri ini," kata Ismet pada majlis perasmian empat hartanah baharu Kumpulan Syarikat Boulevard Imperial Hotel Kuching, Boulevard Shopping Mall, Boulevard Jaya Lexus dan cawangan Toyota di sini, pada Isnin oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Ismet berkata Boulevard Jaya, satu daripada wakil pengedar paling berjaya di negara ini akan membuka pusat 3S Lexus pertama di Sarawak dan Sabah, dan menawarkan model terkini kereta Lexus Lexus IS, ES, GS, LS dan RX.

Beliau berkata UMW Toyota telah membuka sembilan cawangan jualan dan selepas jualan termasuk wakil pengedar di negeri ini dengan pusat pengedaran alat-alat ganti wilayah.

Tiga daripada cawangan itu berada di Kuching dengan satu daripadanya diusahakan oleh Boulevard Jaya, yang baru-baru ini memperoleh status 3S. 


Toyota, UMW Toyota

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain