Masyarakat Siam Digalak Ceburi Bidang Keusahawanan

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Masyarakat Siam di negara ini digalak menceburi bidang keusahawanan dengan mendapatkan pelbagai dana yang disediakan kerajaan sebagai modal, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata masyarakat Siam yang berstatus bumiputera layak untuk mendapatkan pelbagai dana keusahawanan seperti Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Kerajaan memberi bantuan modal, apa juga yang diperolehi oleh bumiputera seperti melalui TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, SUPERB dan skim mikro kredit yang lain juga layak diberikan kepada masyarakat Siam, oleh itu kerajaan mahu mereka merebut peluang tersebut," katanya.

Beliau memberitahu Bernama selepas Majlis Mesra Harmoni dan Penerangan Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada masyarakat Siam di dewan orang ramai Wat Kok Seraya Wanaram di sini, Ahad.

Ahmad berkata kerajaan menyediakan dana yang besar pada setiap tahun supaya rakyat dapat menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan yang dilihat mampu melonjakkan pendapatan dan taraf hidup.

"Pada tahun ini kerajaan sudah menambah dana sebanyak RM700 juta untuk TEKU NNasional, sebanyak RM300 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia...ini semua antara langkah kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan dan mengatasi masalah kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata setakat ini, jumlah usahawan dalam kalangan masyarakat Siam adalah kecil dan kerajaan berharap bilangan tersebut dapat ditingkatkan supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam bidang itu.

Antara cara untuk menangani kos sara hidup ialah melalui pendidikan, kemahiran dan perniagaan namun apabila sudah terlepas pendidikan tinggi dan kemahiran tinggi, peluang lain ialah menjadi usahawan atau peniaga bagi menambah pendapatan, katanya.

Pada majlis itu, beliau turut memberi penerangan mengenai pelaksanaan CBP supaya masyarakat Siam tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang bagi memburukkan kerajaan berhubung pelaksanaan cukai itu.

CBP pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Siam Malaysia Siri Neng Buah.


Tags / Kata Kunci: Siam , Tumpat

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan