CEO Kenanga Deutsche Futures Dilantik Presiden MFBA

Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 4:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Deutsche Futures dan Ketua Listed Derivatives, Azila A. Aziz, telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Broker Niaga Hadapan Malaysia (MFBA).

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Derivatives Bhd, Chong Kim Seng berkata, pemilihan itu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan Kenanga Deutsche Futures dalam industri pasaran hadapan sejak lebih sedekad lalu.

"Dengan pendekatan syarikat itu mengutamakan pelanggan di samping usaha gigih memacu pertumbuhan industri kepada pasaran institusi dan runcit, di peringkat domestik dan antarabangsa, Azila memiliki kemahiran kepemimpinan untuk meneraju persatuan ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sebagai presiden yang baru dipilih, Azila bersama jawatankuasa MFBA bertanggungjawab untuk mewakili dan menjadi suara peserta perniagaan industri pasaran hadapan secara keseluruhannya.

MFBA mewakili ahli perniagaan Bursa yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dilulus dan didaftar dengan Bursa Malaysia Derivatives.

MFBA menggalak perkembangan perniagaan itu dan perlindungan kepentingan profesion pembrokeran pasaran hadapan di Malaysia.

"Saya gembira untuk memikul tugas lebih besar di samping peranan saya sebagai CEO dan Ketua Listed Derivatives di Kenanga Deutsche Futures," kata Azila.

"Saya harap dapat terus bekerjasama dengan pelanggan, rakan kongsi industri dan semua pemegang saham, di samping meningkatkan minat dalam industri niaga hadapan tempatan dan global pada masa depan," katanya.

Azila mempunyai 18 tahun pengalaman dalam jualan serta mengendalikan produk derivatif Malaysia kepada institusi asing dan domestik.

Beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan kedudukan syarikat itu sebagai 'Broker Niaga Hadapan Keseluruhan Terbaik' dan memenangi "Anugerah Broker Niaga Hadapan Ekuiti Terbaik' oleh Bursa Malaysia Derivatives untuk 11 tahun berturut-turut.


Tags / Kata Kunci: MFBA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan