suria

CEO Alliance Bank Tidak Sambung Kontrak

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Bhd hari ini mengumumkan Sng Seow Wah memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif apabila penggal perkhidmatannya berakhir pada 4 Julai, 2014. 

Sng memberi alasan mahu mengurus keluarganya di Singapura, kata bank itu.

"Lembaga pengarah menerima dengan berat hati keputusan Sng itu," katanya.

Sng menyertai Alliance Bank pada Julai 2010 dan bertanggungjawab meningkatkan visi, misi serta nilai teras bagi merealisasikan komitmen keutamaan strategiknya kepada pemegang saham dan pelanggan.
Alliance Bank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain