suria

Terberg Tractors Lantik 11 Pengedar Di Asia

KUALA LUMPUR: Terberg Tractors Malaysia (TTM) Sdn Bhd, syarikat usaha sama Sime Darby Industrial dan Terberg Group, melantik 11 pengedar utama peringkat wilayah di seluruh Asia Tenggara.

Pengedar terbabit antara lain di China, India, Indonesia, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, dan Sri Lanka, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

TTM yang kini mengeluarkan traktor di kemudahan pengeluaran dan pemasangan di Pasir Gudang, Johor, akan mengeksport traktornya menerusi pengedar berkenaan.

"Pasaran di Sri Lanka, Vietnam, Filipina dan Indonesia memberi sambutan yang sangat baik dan kami memperoleh bahagian yang besar di sana," kata Pengerusi syarikat, Chong Kwea Seng.

Sementara itu, TTM juga alan melabur lebih RM2 juta untuk menaik taraf kemudahan semasanya di Johor bagi meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali ganda.

Ditubuhkan pada 2005, TTM dilantik sebagai pengedar eksklusif traktor Terberg di lebih 45 negara di Asia Tenggara.

Pada tahun kewangan 2013, TTM mencatat perolehan RM76 juta dan mengunjurkan angka itu meningkat sekali ganda tahun ini.


Artikel Lain