Harga Rumah Di Malaysia Naik 8 Peratus Suku Pertama Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 6:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga rumah di Malaysia meningkat lapan peratus pada suku pertama 2014 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut Indeks Harga Rumah Knight Frank Global yang disiarkan pada Selasa, Malaysia menduduki tempat ke-15 antara 54 negara.

Dubai yang menduduki tangga teratas ranking tahunan buat suku keempat berturut-turut, mencatatkan pertumbuhan 27.7 peratus hingga akhir Mac, katanya dalam nota penyelidikannya.

Bagaimanapun, harga meningkat 3.4 peratus pada tiga bulan pertama 2014, berikutan fi pemindahan yang meningkat sekali ganda dan sekatan gadai janji memberi impak ke atas pasaran hartanah negara berkenaan.

Ketua Penyelidik Knight Frank bagi Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata 14 negara merekodkan penurunan harga rumah tahun ke tahun berbanding 12 di Eropah manakala Singapura dan Jepun merupakan negara bukan Eropah.

"Langkah-langkah membendung spekulasi serta syarat pinjaman gadai janji yang lebih ketat membendung peningkatan harga di Singapura manakala di Jepun, 'Abenomics' belum menolak naik harga rumah ke jajaran positif," katanya.

Beliau berkata:'Kami menjangkakan melihat pengukuhan prestasi indeks pada suku kedua. Tumpuan kini kekal pada bank-bank pusat khususnya Rizab Persekutuan, Bank of England dan Bank Pusat Eropah.

"Isunya bukan bila kadar faedah akan naik tetapi kepantasan dan tahap ia boleh dilakukan".

Secara keseluruhannya, Indeks Harga Rumah Global meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harga perlahan di sepanjang tiga bulan pertama 2014.

 

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan