suria

Alan Harris Pengarah Urusan Baharu BMW Malaysia

Alan Harris
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia melantik Alan Harris sebagai Pengarah Urusan baharu bagi mengawasi operasi di Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2014.

Harris dilantik sebagai persediaan bagi menggantikan Pengarah Urusan sekarang, Gerhard Pils, yang akan bersara, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, Selasa.

Harris memiliki pengalaman antarabangsa yang luas, di mana beliau pernah bekerja dengan pejabat syarikat itu di negara kelahirannya England, Singapura, Australia dan Amerika Utara.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan pejabat serantau BMW Group yang bertanggungjawab bagi pasaran pengimport Eropah Timur, Afrika dan Caribbean, dan paling terbaharu sebagai Presiden dan CEO BMW Japan.


BMW Group Malaysia, Alan Harris

Artikel Lain