suria

Quantum Electro Akan Ambil Alih Aset Syarikat Amerika Bernilai RM12.43 Juta

Ibu pejabat Quantum Electro di Batu Berendam, Melaka.

KUALA LUMPUR: Quantum Electro Opto Systems Sdn Bhd akan mengambil alih aset syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Centric Technologies Inc, membabitkan US$40 juta (RM12.43 juta).

Quantum Electro ialah penyedia penyelesaian keselamatan video pintar berkelajuan tinggi dengan penggunaan tenaga yang rendah, manakala Centric Technologies ialah penyedia utama penyelesaian wayar dan tanpa wayar gigabite.

Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Electro Dr Gabriel Walter berkata, pengambilalihan itu akan meningkatkan lagi misi syarikat untuk menawarkan penyelesaian penyambungan inovatif yang lebih luas.

"Quantum Electro mempunyai kepakaran untuk memperkenal teknologi baharu dengan pantas kepada pengguna elektronik, perusahaan, peranti mudah alih dan pasaran sokongan belakang.

"Kami akan memanfaatkan keupayaan baharu ini untuk Sistem Keselamatan Pintar dengan barisan produk dan perkhidmatan yang menarik," katanya dalam satu kenyataan.


Artikel Lain