Malindo Air Tawar Penerbangan Tambahan Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 5:16 PM

Malindo Air menawarkan penerbangan tambahan untuk membolehkan orang ramai meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menawarkan penerbangan tambahan untuk destinasi tempatan semasa perayaan hari raya nanti.

Inisiatif Malindo Air bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk perkhidmatan semasa perayaan Aidilfitri itu akan menyaksikan pertambahan penerbangan mulai 23 Julai dan 4 Ogos untuk destinasi domestik seperti Kota Baharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Baharu dan Pulau Pinang.

"Penerbangan tambahan itu bagaimanapun hanya untuk penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan tambahan itu akan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk bersama keluarga pada musim perayaan ini.

"Muatan penumpang untuk penerbangan tempatan terbabit selalunya tinggi. Oleh itu terdapat keperluan untuk kami mengadakan penerbangan tambahan bagi membolehkan pelanggan kami pulang ke kampung halaman mereka untuk beraya bersama keluarga," katanya.

Tempahan dibuka mulai hari ini dan penumpang dinasihatkan merancang perjalanan dan memanfaatkan tempat duduk tambahan yang disediakan itu, kata kenyataan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air , hari raya , domestik

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan