Pemimpin China Komited Galak Pelaburan Ke Malaysia - Najib

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 2:13 PM

Najib (kiri) bersama rakan sejawatnya, Li Keqiang ketika mengadakan lawatan rasmi enam hari ke China.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pemimpin China yang ditemui Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan rasminya ke sini memberikan komitmen untuk menggalakkan syarikat China melabur ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata, komitmen yang diberikan itu bertujuan untuk mengimbangi pelaburan dari Malaysia ke China yang ketika ini berjumlah RM20.2 bilion (AS$6.3 bilion), manakala pelaburan dari China ke Malaysia berjumlah lebih kurang RM3.22 bilion atau AS$1 bilion.

Antara pemimpin China yang ditemui semasa lawatan selama enam hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China itu ialah Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang.

Beliau berkata, kerajaan China juga memberikan keutamaan kepada projek Taman Perindustrian Qinzhou (Chingchou) dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan.

"Taman Perindustrian Qinzhou (Chingchou) dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan merupakan dua projek keutamaan yang mereka ingin laksanakan dengan jayanya," kata Perdana Menteri pada sidang media sebelum pulang ke tanah air.

Mengenai pengimportan sarang burung walit dari Malaysia yang dibangkitkan ketika mesyuarat dua hala dengan Li, beliau berkata, kerajaan China memberi persetujuan untuk  membenarkan pengimportan sarang burung mentah telah dicuci tetapi masih belum membenarkan pengimportan sarang burung mentah tidak dicuci.

Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan China menyatakan bahawa mereka akan mengambil berat permintaan Malaysia untuk membenarkan pengimportan sarang burung mentah tidak dicuci dari Malaysia.

"Saya optimis perkara ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," kata beliau.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan