suria

Penggunaan Tenusu Di Malaysia Meningkat 20 Peratus Menjelang 2020

KUALA LUMPUR: Tenusu mengalami peningkatan dalam tempoh sedekad lalu berikutan peningkatan pengguna canggih yang mencari makanan berfungsi secara semula jadi dan lengkap untuk keperluan pemakanan mereka, kata Pengarah Urusan Fonterra Malaysia, David Ross.

"Kenaikan dalam penggunaan tenusu didokong oleh beberapa trend global, termasuk peningkatan kelas pertengahan dalam negara membangun, pertambahan glongan tua, gerakan ke arah sumber makanan semula jadi, berprotin tinggi serta inovasi saintifk dalam tenusu," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Menurut Ross, dunia dijangka memerlukan 100 bilion liter susu lagi menjelang 2020.

"Dengan pertambahan penduduk dan peningkatan kelas pertengahan, Malaysia juga dijangka mengalami peningkatan permintaan terhadap tenusu.

"Keperluan Malaysia terhadap pemakanan tenusu semakin berkembang dengan pesat. Menjelang 2020 rakyat negara ini dijangka mengguna 20 peratus lebih tenusu berbanding penggunaan sekarang," katanya.

Hari Susu Sedunia, dikendalikan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun dengan syarikat, koperasi, kerajaan serta pertubuhan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memacu kesedaran dalam faedah pemakanan susu.

Sebagai sebahagian daripada Hari Susu Sedunia tahun ini, Fontera, sebuah koperasi New Zealand dan pengeksport tenusu terbesar dunia, menggesa pengikut sosial medianya untuk berkongsi pendapat mengenai apa makna susu kepada mereka. 


Artikel Lain