NGC Energy Perkenal Kaedah Murah Potong Logam - Niaga | mStar

NGC Energy Perkenal Kaedah Murah Potong Logam

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 1:23 PM

Antara produk yang dihasilkan NGC Energy Sdn Bhd.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat tempatan, NGC Energy Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Shell Gas memperkenalkan kaedah revolusi memotong logam yang lebih murah berbanding kaedah tradisional yang digunakan industri.

Kaedah baharu itu yang menggunakan gas hidrokarbon dipanggil NC+, juga mesra pengendali dan tidak beracun.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia mempamerkan ciptaannya itu di pameran Metaltech Antarabangsa baru-baru ini dan telah menerima sambutan yang baik.

Pengurus Besar NGC Energy, Julianna Kamaruddin berkata, syarikat itu menyerahkan baucar RM500 kepada pelanggan prospektif di pameran tersebut untuk merasai pengalaman teknologi baharu itu.

Beliau yakin teknologi baharu itu akan mengubah cara bagaimana logam dipotong.

"Ketika ini industri menggunakan gabungan oxy-acetylene untuk memotong logam," katanya. 


Tags / Kata Kunci: NGC Energy Sdn Bhd , Shell Gas , logam , Metaltech
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan