suria

Matrade Bawa Showcase Malaysia Ke Lembah Silicon India

BANGALORE: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah membawa pameran perdagangannya, 'Showcase Malaysia' ke Bangalore, sebuah daripada bandar raya India yang paling pesat membangun serta Lembah Silicon negara itu.

Sebagai ibu negeri Karnataka, Bangalore ialah hab ekonomi utama dan metropolis paling pesat membangun di India.

Ini adalah edisi keempat pameran solo Malaysia di negara itu. Tiga edisi terakhir Showcase Malaysia diadakan di Mumbai, Pune dan Chennai masing-masing pada 2011, 2012 dan 2013.

Pameran tiga hari itu bermula pada Khamis di Pusat Pameran Antarabangsa Bangalore dan akan dibuka kepada masyarakat perniagaan dan orang ramai sehingga 31 Mei.

Mesyuarat perniagaan antara syarikat India dan Malaysia yang dijadualkan lebih awal juga sedang diatur.

Tahun ini, Matrade juga mengadakan ceramah berkumpulan, yang terbuka kepada semua pengunjung mengenai tajuk seperti kecantikan, haruman dan bioteknologi.

India adalah satu daripada rakan kongsi terbesar di rantau Asia Selatan sejak 1998.

Untuk suku pertama 2014, jumlah dagangan antara Malaysia dan India lebih daripada US$3 bilion dengan import dari negara itu kira-kira US$1 bilion.

Daripada dagangan bernilai US$13.4 bilion dengan India pada 2013, Malaysia mengeksport barangan bernilai US$8.2 bilion dan mengimport barangan bernilai US$5.2 bilion, dengan imbangan dagangan menyebelahinya sebanyak US$2.9 bilion. 


Matrade

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain