BSN Sasar Keluar 5.8 Juta Kad Debit

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) menetapkan sasaran untuk mengeluarkan 5.8 juta kad debit sehingga hujung tahun ini berbanding 5 juta sekarang.

Peningkatan ini akan disokong oleh penawaran produk baharu, selain faktor semakin ramai yang sudah biasa dengan penggunaan kad debit, kata Timbalan Ketua Eksekutif BSN Ahmad Latfan Amran.

"Kami mahu menggalakkan gaya hidup bebas hutang serta masyarakat bebas tunai," katanya kepada pemberita semasa pelancaran 'Kad Debit Visa Batman' di sini.

Selaras pertumbuhan ini, BSN menjangkakan transaksi kad debitnya meningkat tiga kali ganda kepada RM200 juta menjelang Disember tahun ini berbanding RM60 juta sekarang.

"Kita telah melihat pertumbuhan yang stabil untuk perbelanjaan debit dalam kalangan pengguna," kata Ahmad Latfan.

Tidak seperti kredit dan kad caj, pembayaran menggunakan kad debit dibuat menerusi pemindahan wang serta-merta daripada akaun bank pemegang dan bukannya a membayar wang itu pada kemudian hari.

BSN yang merupakan antara bank-bank tempatan pertama yang mengeluarkan kad debit seawal tahun 2002, hari ini memperkenal kad Batman yang dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun ke-75 Warner Bros, watak superhero Batman. 

Antara manfaat yang ditawarkan kad Visa payWave ialah lima peratus bayaran kembali wang tunai untuk transaksi talian dan rebat tanpa had 0.5 peratus untuk sebarang transaksi.

"Kad superhero itu bertujuan menarik segmen pasaran pengguna yang lebih muda dan menggalakkan mereka menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik," kata Ahmad Latfan.

BSN dijangkakan mengeluarkan kira-kira 300,000 kad Batman dalam tempoh empat bulan pertama dan penerusan pengeluaran kad itu akan bergantung kepada respons.
Tags / Kata Kunci: kad debit , BSN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan