Boustead Plantation Beli Estet Perladangan Dan Tanah Rizab

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Boustead Plantations Bhd, unit perladangan Boustead Holdings Bhd, yang akan disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, akan memberi tumpuan untuk membeli estet perladangan dan tanah rizab, terutama di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata cabang perladangan itu berminat untuk mengembangkan aset perladangannya kepada 100,000 hektar daripada 71,000 hektar sekarang ini.

Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa cadangan yang sedang dipertimbang syarikat berkenaan.

"Keutamaannya ialah memberi tumpuan di Malaysia, tetapi jika terdapat peluang baik muncul di negara jiran seperti Indonesia atau Papua New Guinea, kami sudah pasti akan menimbangkannya," katanya di sidang akhbar selepas pelancaran prospektus syarikat tersebut pada Selasa.

Pembelian itu yang bernilai RM400 juta akan dibiayai dengan RM1.049 bilion yang akan dikumpul daripada perolehan daripada tawaran awam awal (IPO).

Sejumlah RM928 juta akan akru kepada Boustead Plantations dan baki RM121 juta kepada Boustead Holdings berdasarkan harga IPO RM1.60 sesaham.

Selepas disenarai, jumlah modal saham diperbesar dan berbayar Boustead Plantations akan menjadi RM800 juta, merangkumi 1.6 bilion saham.

Penyenaraian itu meliputi jualan sehingga 76 juta saham sedia ada dan tawaran awam 580 juta saham baharu kepada pelabur runcit dan institusi sebelum opsyen peruntukan berlebihan.

Lodin berkata, RM500 juta daripada pendapatan penyenaraian akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank manakala RM100 juta lagi akan digunakan untuk penanaman semula.

Mengenai prospek harga minyak sawit mentah (MSM), beliau berkata, syarikat menjangka harganya akan meningkat dalam suku ketiga atau keempat, dipacu permintaan negara pengguna seperti Pakistan dan India, terutama dengan ketibaan Ramadan dan perayaan Aidifitri.

"Harga MSM dijangka akan berlegar antara RM2,700 dan RM2,800 setan metrik," katanya.

Setakat ini, Boustead Plantations memiliki 41 ladang kelapa sawit dan 10 kilang minyak sawit di Malaysia dengan 20 ladang di Semenanjung Malaysia, 12 di Sabah dan sembilan di Sarawak.


Tags / Kata Kunci: Boustead

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan