Aset Pelaburan KWSP Meningkat 11.27 Peratus Suku Pertama 2014

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 5:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  mengumumkan caruman bersih daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang menggalakkan meningkatkan jumlah aset pelaburannya kepada hampir RM600 bilion.

Setakat 31 Mac, 2014, aset pelaburan kumpulan wang persaraan itu berjumlah RM597.02 bilion, meningkat 11.27 peratus atau RM60.47 bilion daripada RM536.55 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata, agensi kerajaan itu kekal fokus dalam objektifnya untuk menjana pulangan pelaburan stabil yang secara konsisten mengatasi kadar inflasi.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat aset pelaburan KWSP, yang secara puratanya di antara 10 dan 11 peratus setiap tahun, kami akan terus mempelbagaikan aktiviti pelaburan jangka panjang kami dalam pelbagai pasaran dan sektor selaras dengan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Shahril Ridza berkata, bergantung kepada hala tuju pasaran, KWSP akan terus mengambil peluang yang wujud bagi mengimbangi portfolionya bagi tujuan risiko dan pulangan yang optimum.

"Bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2014, KWSP melaporkan pendapatan pelaburan sebanyak RM8.83 bilion berbanding RM5.60 bilion dan suku yang sama pada 2013.

Peningkatan prestasi pelaburan KWSP yang lebih daripada 50 peratus ini dipacu terutamanya oleh pulangan daripada pelaburan ekuiti.

"Laporan itu juga menunjukkan 52 peratus dana KWSP telah dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap yang berisiko rendah; 43 peratus dalam pelaburan ekuiti dan bakinya dalam instrumen pasaran wang, harta dan prasarana, katanya.

Tentang prospek hingga hujung tahun ini, Shahril Ridza berkata: "KWSP yakin ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik tahun ini berdasarkan jangkaan pemulihan eksport yang disokong oleh permintaan domestik yang kukuh. Bagaimanapun, KWSP akan terus berhati-hati terutamanya ketika ketidaktentuan menyelubungi pergerakan modal kerana penyesuaian kadar faedah jangka panjang berikutan pemulihan pasaran utama.

"Untuk mengoptimumkan pulangan, KWSP berpegang teguh kepada pendekatan pelaburan berhemah dan jangka panjangnya dan akan sentiasa memastikan perlindungan modal manakala meningkatkan nilai simpanan ahli terus menjadi objektif utama kami," tegas beliau.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan