Lafarge Rancang Eksport Simen Ke Myanmar, Sri Lanka, Bangladesh

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 3:37 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Lafarge (M) Bhd merancang untuk mengeksport simen ke Myanmar, Sri Lanka, Bangladesh, Maldives, Mauritius dan negara lain di sekitar Lautan Hindi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bradley Mulroney berkata, syarikat itu kini menjual simen ke beberapa negara tetapi ingin memberi tumpuan kepada Semenanjung Malaysia kerana ia mempunyai komitmen kepada kerajaan Malaysia untuk memastikan ia tidak mengalami kekurangan bekalan.

"Kami tidak mesti mengeksport dan membiarkan Malaysia kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu pada Jumaat.

Mulroney berkata, rancangan Lafarge untuk meneroka pasaran baharu itu sangat berfaedah berbanding pengeksport simen lain kerana ia mempunyai 35 loji simen di seluruh negara. Tiga loji dibuka dalam tempoh empat bulan lalu.

Mengenai pelan pengembangan, Mulroney berkata, syarika itu melabur antara RM45 juta hingga RM50 juta tahun ini untuk melabur semula dalam perniagaan simen.

Menurutnya, RM300 juta lagi akan digunakan dalam tempoh 18 bulan untuk menambah kapasiti pengeluaran simen kepada 1.20 juta tan metrik.

Beliau juga berkata, projek Makmal Pembangunan Pembinaan (MPP) di Petaling Jaya berjalan mengikut jadual dan dalam lingkungan bajet. Makmal berkenaan dijangka siap akhir Jun ini.

Makmal berkenaan, yang kelima di dunia, akan memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian inovatif dan khusus untuk memenuhi keperluan tempatan.

Lafarge memberi tumpuan kepada pengeluaran dan jualan simen, konkrit siap campur dan bahan pembinaan berkaitan.


Tags / Kata Kunci: Lafarge

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan