Pengedar Rolls-Royce Anggap Malaysia Pasaran Besar Kereta Mewah

Diterbitkan: Rabu, 21 Mei 2014 5:27 PM

Baker (kanan) bersama Ser Gun mempamerkan model pertama Rolls-Royce Wraith yang dipasarkan di Sabah dan Sarawak, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Quill Motorcars Sdn Bhd, pengedar kereta Rolls-Royce di Kuala Lumpur, menganggap Malaysia sebagai pasaran besar untuk kereta mewah.

Pengurus Besarnya, Siow Ser Gun berkata, ekonomi Malaysia berkembang, sekali gus memudahkan lebih ramai penduduk membeli barangan mewah.

Beliau berkata, demikian pada majlis memperkenal model pertama Wraith Roll-Royce di Sabah dan Sarawak, di sini, Rabu.

Gregory Baker, Pengurus Lepas Jualan bagi Kereta Rolls-Royce Asia Pasifik berkata, syarikat itu mencapai kejayaan dalam jualan Rolls-Royce di Malaysia tahun lalu dengan permintaan rancak dari Sabah dan Sarawak.

"Saya gembira pembeli kereta kami di Sabah dan Sarawak dijaga oleh Quill Motorcars, yang berkemahiran tinggi dan menjalankan perkhidmatan servis bermutu tinggi ke atas kereta keluaran kami," katanya.

Baker berkata, syarikat itu kekal antara pengeluar paling berjaya dalam segmen kereta ultra-mewah berharga lebih 200,000 euro (bersih).

Beliau berkata, model Wraith dua pintu dianggap mempunyai daya pecutan kuat dilengkapi enjin turbo-kembar V12.

Model dengan kotak gear 8-kelajuan memudahkan pecutan 0-100 kilometer sejam dalam 4.6 saat sahaja, kata Baker.

Tags / Kata Kunci: Rolls-Royce , Sabah , Sarawak , Gregory Baker

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan