Hitachi Sunway Intai Perolehan 4 Bln Yen

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 5:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha sama Malaysia-Jepun, Hitachi Sunway Information Systems Sdn Bhd menyasarkan untuk meraih hasil sebanyak empat bilion (kira-kira RM137 juta) menjelang tahun kewangan (FY) 2015 berakhir Mac 2016.

Penyepadu penyelesaian teknologi itu mencatat hasil sebanyak 2.9 bilion yen (kira-kira RM91 juta) pada FY13, demikian menurut kenyataan syarikat itu.

"Tiga pasaran yang menjana pertumbuhan perniagaan kami ialah Indonesia, Vietnam dan Thailand.

"Kami mengenal pasti peluang untuk meluaskan kepakaran penyepaduan sistem kami dalam pasaran ini untuk menyokong permintaan bagi pembangunan infrastruktur teknologi maklumat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Cheah Kok Hoong dalam satu kenyataan.

Bulan lepas, ia melancarkan pusat perniagaan terbaharunya di Hanoi, Vietnam.

Hitachi Sunway, usaha sama yang ditubuhkan pada April 2013 antara Hitachi Systems Ltd Jepun dan Sunway Technology Sdn Bhd MAlaysia, menambah bilangan pekerja sebanyak 21 peratus, dengan 200 pekerja ditugaskan di seluruh Malaysia dan pejabat lain di Asia Tenggara, kata kenyataan itu.


Tags / Kata Kunci: Hitachi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan