suria

Harga Lemah Di Tocom Dijangka Pengaruhi Getah

KUALA LUMPUR: Harga getah dalam pasaran getah Malaysia mungkin diniagakan rendah minggu depan, berikutan unjuran lemah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM).

Seorang peniaga berkata sentimen di Jepun kekal lemah, mencerminkan nilai yen yang kukuh ketika bekalan dijangkakan bertambah.

"Peniaga menjangka bekalan lebih banyak dalam pasaran dari negara pengeluar disebabkan penghujung musim daun luruh di rantau ini, yang bakal memberi tekanan kepada harga," katanya.

Beliau berkata kemerosotan dolar/yen mungkin akan memberi kesan yang besar dan harga getah di TOCOM boleh mencecah bawah 200 yen minggu depan dan ini akan mendorong jualan seterusnya.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 pada tengah hari meningkat 12.5 sen kepada 543.5 sen sekilogram manakala harga susu getah pukal naik tiga sen kepada 456 sen sekilogram.

Harga penutup 5 petang bagi gred tayar SMR 20 menambah 13 sen kepada 541 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 4.5 sen kepada 456

Tocom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain