Tambah Nilai dan Jualan TNG di JTAHMS

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 8:53 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) akan menyediakan khidmat jualan dan tambah nilai kad Touh N Go di kompleks plaza tol Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (JTAHMS) mulai Jumaat.

Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ismail Mohamed Taib berkata khidmat tersebut boleh diperoleh mulai pukul 7 pagi hingga 10 malam.

Dalam satu kenyataaan, beliau berkata kad tambah nilai juga boleh didapati di lorong tol dari 6 pagi hingga 10 malam.

JKSB turut menawarkan khidmat tambah nilai secara flit di kompleks plaza tol itu dengan pembayaran boleh dibuat menerusi cek dan bank draf.

Ismail berkata sejak JKSB memungut tol pada 1 April, purata trafik yang menggunakan jambatan itu ialah antara 12,000 hingga 13,000 kenderaan sehari.

Beliau berkata kenderaan berat boleh menggunakan JTAHMS tanpa had masa.

"Mereka boleh menyeberang ke pulau dari tanah besar pada bila-bila masa," katanya.


Tags / Kata Kunci: JTAHMS , JKSB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan