suria

Southern Marina Lancar Unit Kediaman

KUALA LUMPUR: Southern Marina Development Sdn Bhd menyasar untuk melancarkan fasa pertama unit kediamannya bernilai RM1.5 bilion anggaran jumlah nilai pembangunan kasar pada suku ketiga tahun ini.

Southern Marina merupakan syarikat usaha sama antara PPB Group Bhd, Kuok Brothers Sdn Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.

Pengarah Urusan PPB Group dan Pengerusi Southern Marina Lim Soon Huat berkata fasa pertamanya dijangka siap pada 2017.

Beliau berkata rancangan pembangunan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa dan kelulusan dijangka diperoleh dalam beberapa bulan akan datang.

Unit kediaman itu akan dibina di kawasan pembangunan pinggir air bersepadunya yang terletak berdekatan dengan Traders Hotel dan Hello Kitty Town di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor.

Hartanah pembangunan bercampur bersepadu itu dengan kawasan keluasan kasar melebihi dua juta kaki persegi akan mempunyai dua menara yang terdiri daripada unit kediaman lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti suite perniagaan dan perniagaan yang menghadap marina.

Lim menjangka unit kediaman itu dapat menarik pembeli memandangkan lokasi Southern Marina di kawasan utama di Puteri Harbour, dengan reka bentuk hebat.


Southern Marina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain