AIM Biaya Pinjaman Cecah RM1.2 Bilion Kepada Sahabat

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

KENINGAU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah mengeluarkan pembiayaan pinjaman berjumlah RM1.176 bilion sejak 1997 kepada Sahabat (peminjamnya) di Sabah untuk meningkatkan sosioekonomi golongan berpendapatan di negeri itu.

Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia, Dr Zubir Harun berkata, jumlah pembiayaan itu melibatkan 62,756 peminjam di semua 27 cawangannya di seluruh Sabah.

Beliau berkata, tahun ini sahaja, AIM memperuntukkan sebanyak RM280 juta untuk membiayai program ekonomi dan perniagaan peminjamnya di Sabah.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak RM88 juta untuk Parlimen Keningau, RM26.5 juta untuk Parlimen Sipitang manakala selebihnya untuk kawasan Parlimen lain di Sabah.

"Kita telah membuat kajian terhadap peminjam-peminjam kita dan ada yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga mencecah RM10,000 sebulan," katanya pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Yayasan Sabah di Pusat Kraftangan Sabah di sini, Khamis.

Melalui MoU itu, AIM antara lain akan memilih Sahabat AIM untuk pelaksanaan program latihan kemahiran kraftangan Pusat Kraftangan Sabah serta peningkatan pendapatan melalui jualan kraftangan dengan memberi kemudahan pinjaman kepada peserta yang terpilih menyertai program itu.

Menurut Zubir, daripada 62,756 peminjam berkenaan, lebih 30 peratus daripadanya sangat berjaya dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan masing-masing.

Dari segi bayaran balik pinjaman pula, beliau berkata secara keseluruhannya prestasi pembayaran balik pinjaman AIM dalam kalangan peminjam di Sabah adalah baik.

Katanya, Sahabat yang tidak dapat membuat pembayaran balik adalah berpunca daripada kegagalan projek ekonomi dan perniagaan yang dilaksananakan selain ketiadaan kemahiran.

Justeru katanya, AIM berusaha memberi pelbagai kemahiran kepada peminjam termasuk aspek pengurusan kewangan, sajian makanan serta kemahiran pertanian melalui kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan.


Tags / Kata Kunci: AIM , Dr Zubir Harun , Yayasan Sabah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan