Kajian LRT Ke Klang, Bernilai RM9 Bilion Hanya Tunggu Kelulusan

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat Prasarana Negara Bhd telah selesai kajian meliputi 36 kilometer dari Bandar Utama dari Damansara ke Klang, dianggarkan bernilai subsidi bernilai RM9 bilion. 

Sumber yang mendedahkan, Prasarana menghantar kajian dan cadangan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk pembinaan laluan LRT yang baru ini. 

"Kerajaan dijangka meneruskan projek tersebut kerana ia merangkumi beberapa kawasan di Selangor. Ia merupakan projek bernilai RM250 juta setiap kilometer - semua termasuk jajaran sepangjang 36 kilometer dari Bandar Utama di Damansara ke Klang, bernilai RM9 bilion termasuk kos pengambilan tanah," katanya kepada StarBiz baru-baru ini. 

Kajian berkenaan kini berada dengan SPAD untuk semakan dan kelulusan.

"Sekiranya diluluskan, kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada suku pertama tahun hadapan," kata sumber tersebut yang mendedahkan projek LRT3 akan bermula di Bandar Utama, dan bukannya di Kelana Jaya seperti yang dispekulasikan sebelum ini. 

"Stesen MRT Bandar Utama akan menjadi hab pengangkutan di Selangor," kata sumber berkenaan. 

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar sebelum dilaporkan berkata Shah Alam benar-benar memerlukan perkhidmatan LRT dan ia diakui oleh pihak kerajaan. Beliau berkata pelan berkenaan telah dimasukkan dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Lembah Klang. 

Beberapa syarikat sedang menunggu peluang untuk membida projek LRT 3, mereka ialah, Trans Resources Corp Sdn Bhd (TRC), UEM Builders Bhd, Intria Bina Sdn Bhd, Sunway Holdings Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB). 

Mereka ini adalah beberapa syarikat yang telah mendapat pakej kontrak projek sambungan LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang. 

Daripada kerja-kerja penyambungan projek, Prasarana telah menganugerahkan kontrak bernilai RM673.9 juta dijalankan secara usahasama dengan syarikat United Kingdom Colas-Uniway, dan Malaysia CMC Engineering Sdn Bhd (Colas-CMC). 

Projek sambungan jajaran LRT sedia ada mengikut jadual dan sudah berada pada tahap 56 peratus. 

Bagi laluan Ampang ia dijangka bermula dari Stesen Petaling, melalui Kinrara dan Puchong dan berakhir di Putra Heights, dengan 13 stesen baru. 

Menurut Jabatan Statisik, nilai jumlah pembinaan yang telah dijalankan pada suku tahun pertama ini bernilai RM25 bilion dengan menunjukkan 21.2 peratus. 

Selangor terus mencatatkan rekod kerja pembinaan yang telah siap tertinggi pada RM5.97 bilion atau 3.9 peratus dalam negara, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bernilai RM4 bilion atau 16 peratus dan Johor pada RM33.99 bilion berbanding negara lain. 

Tags / Kata Kunci: LRT , MRT

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan