TH Sedia RM130 Juta Subsidi Jemaah Haji

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 4:28 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Paduka Ismee Ismail berkata peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding tahun lalu itu adalah disebabkan peningkatan kos di Arab Saudi, termasuk kos penginapan.

"Tahun ini sebab kita kekalkan bayaran haji pada jemaah-jemaah haji Muassasah sebanyak RM9,980. Jadi kerana peningkatan kos terutamanya kos penginapan di Mekah, subsidi haji turut bertambah," katanya kepada pemberita selepas majlis pengiktirafan The Malaysia Book of Records di sini, Jumaat.

TH menerima pengiktirafan itu apabila kelab TaHa yang disasarkan kepada penabung muda berumur daripada tujuh hingga 17 tahun mencipta rekod selaku kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai dengan 1.12 juta orang ahli.

Ismee berkata, subsidi yang ditanggung TH tahun ini ialah RM6,175 setiap jemaah berbanding RM5,575 seorang tahun lalu, dan ini hanya untuk jemaah Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadah haji.

Ismee dalam pada itu menasihatkan jemaah haji tahun ini supaya sentiasa mendengar nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan berhubung langkah-langkah pencegahan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV).

Beliau berkata, buat masa ini kuota jemaah haji Malaysia kekal pada 22,320 orang selepas kerajaan Arab Saudi memutuskan pengurangan 20 peratus daripada kuota asal ekoran kerja-kerja pembesaran kawasan di sekitar Masjidil Haram, di Mekah sejak tahun lalu.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi, www.moh.gov.sa, setakat ini terdapat 126 kematian daripada keseluruhan 463 orang dijangkiti MERS-CoV di negara itu.


Tags / Kata Kunci: TH , subsidi , Arab Saudi , haji

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan