AmIttikal Catat Pulangan Lumayan

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dana ekuiti Islam AmInvest, AmIttikal, mencatatkan pulangan hebat sebanyak 112.39 peratus, lebih daripada tiga kali prestasi penanda arasnya sebanyak 33.60 peratus sejak lima tahun dahulu.

Pada asas tahunan, pulangan ini adalah bersamaan dengan 16.25 peratus berbanding prestasi penanda aras sebanyak 5.96 peratus dan mengatasi pulangan tahunan purata sebanyak 15.3 peratus dana-dana yang serupa, kata Pengarah Eksekutif/Ketua Ekuitinya, Mohd Fauzi Mohd Tahir.

"Dana ini secara konsisten telah membayar pengagihan pendapatan setengah tahun sekali, sejak 2005 lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, AmIttikal yang dilancarkan pada 1993, melabur pada asasnya dalam ekuiti Malaysia yang terutamanya terdiri daripada saham-saham bermodal besar, yang disokong oleh lembaran imbangan dan aliran tunai yang kukuh serta pembayaran dividen yang konsisten.

Trajektori pertumbuhan yang teguh bagi ekonomi Malaysia sebanyak 4.5 peratus hingga 5.5 peratus keluaran dalam negara kasar bagi 2014 dijangka memacu pertumbuhan pendapatan, yang menjadi petanda baik bagi dana ini, tegas Mohd Fauzi.

Pelaburan minimum dan tambahan dana ini masing-masing ialah RM1,000 dan RM500, atau jumlah yang mungkin ditetapkan oleh pengurus dana dari semasa ke semasa.

Ia adalah dana ekuiti patuh syariah pertama di negara ini yang diasaskan kepada struktur Mudharabah yang, dalam erti kata mudah, struktur perkongsian keuntungan. 


Tags / Kata Kunci: AmIttikal

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan