suria

UEM Sunrise, Mulpha Bina Jalan RM70 Juta di Iskandar

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, UEM Sunrise Bhd dan Mulpha International Bhd, bersatu tenaga melaksanakan projek membina tiga rangkaian jalan raya yang menelan belanja RM107 juta di Iskandar Malaysia.

"Projek ini mungkin tidak besar dari segi nilai, tetapi ia adalah satu kejayaan penting untuk kedua-dua syarikat yang buat pertama kalinya bekerjasama.

"Ini akan memudahkan perjalanan dalam kawasan Nusajaya," kata Pengarah Eksekutif UEM Sunrise Datuk Izzaddin Idris pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama dua syarikat itu di sini, Selasa.

Projek membina jalan sepanjang 8.3 kilometer itu dijangka siap dalam beberapa fasa menjelang 2018.

Projek itu bertujuan menyedia dan menaik taraf jalan raya di Gelang Patah dan Gerbang Nusajaya untuk manfaat penduduk yang semakin ramai di sana.

UEM, Mulpha

Artikel Lain