suria

Tan Chong Motor Sasar Jual 55,000 Kereta Nissan Tahun Ini

Model baru Nissan Sylphy

KUALA LUMPUR: Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd menyasarkan untuk menjual sebanyak 55,000 kereta Nissan tahun ini, kata Pengarah Eksekutifnya David Chen.

ETCM pernah mencatatkan jualan tahunan tertinggi pada tahun 2013 dengan lebih 51,000 kereta Nissan dijual, yang merupakan peningkatan sebanyak 48 peratus berbanding 2012, kata Chen selepas pelancaran Nissan Sylphy generasi ketiga di sini semalam.

Beliau berkata, ini telah membantu mengekalkan kedudukan nombor dua syarikat itu dalam segmen kereta bukan nasional selepas Toyota.

Mengenai sasaran pertumbuhan yang lebih kecil iaitu kurang daripada lapan peratus tahun ini, Chen berkata, angka konservatif itu ditetapkan dalam berdasarkan situasi pasaran semasa, dan ini merupakan ramalan yang realistik dan boleh dicapai.

Chen berkata model sedan Nissan iaitu Almeera telah menyumbang 57 peratus daripada jumlah jualan tahun lepas dan ia masih mengungguli kelasnya serta laris dalam suku pertama tahun 2014.

"Sylphy serba baharu ini yang telah dibina berasaskan platform baharu dan menawarkan ciri-ciri keselamatan yang unggul ini akan menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus kepada sasaran jualan keseluruhan tahun ini," kata di sini, Selasa.

Nissan Sylphy variasi 1.8 E ini dijual pada harga RM111,900 di Malaysia manakala varian VL 1.8 dijual pada RM121,900.

Model baharu yang dilengkapi dengan enam beg udara SRS, kawalan dinamik kenderaan dan lain-lain ciri-ciri keselamatan ini diimport sebagai model siap dipasang sepenuhnya (CBU) dari Thailand.


ETCM, Nissan Sylphy, Toyota, David Chen

Artikel Lain