TNB Meterai MoU Dengan Triliant

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 4:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 29 April (Bernama) Tenaga Nasional Bhd (TNB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Trilliant, syarikat dari Amerika Syarikat untuk kerjasama pertukaran teknikal grid pintar.

Trilliant ialah syarikat platform grid pintar utama dan MoU itu susulan mesyuarat Perkongsian Tenaga Komprehensif Amerika Syarikat-Asia Pasifik baru-baru ini.

Presiden TNB dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata beliau berbesar hati untuk mengadakan kerjasama pertukaran teknikal dengan Trilliant.

"Kami merancang untuk membina infrastruktur tenaga pintar untuk memberi faedah kepada pelanggan kami dan membantu Malaysia meneruskan pertumbuhan ekonominya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

MoU itu menyediakan rangka kerja kerjasama antara dua syarikat bagi pertukaran maklumat teknikal dan latihan, serta meneroka model untuk memberikan manfaat grid pintar seperti kecekapan tenaga yang dipertingkatkan, kebolehpercayaan yang lebih baik, dan keselamatan tenaga di seluruh asas pelanggan TNB.

Sementara itu, Pengarah Urusan Trilliant Asia Pasifik Bryan Spear berkata syarikat itu gembira untuk bekerjasama dengan TNB dalam memanfaatkan pengalaman dan teknologinya yang terbukti bagi membantu memberikan faedah grid pintar kepada TNB.

"Kami berharap kepada kerjasama teknikal jangka panjang yang akan menyumbang kepada pembangunan industri berteknologi tinggi yang mampan di Malaysia," katanya.

Sebagai ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara, penting bagi Malaysia untuk memastikan bekalan tenaga yang berpatutan, selamat dan bersih bagi memenuhi dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. 


Tags / Kata Kunci: TNB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan