suria

Nationwide Express Jangka Pendapatan, Keuntungan Meningkat 10 Peratus

SHAH ALAM: Nationwide Express Courier Services Bhd (Nationwide Express) yakin penyelesaian Penghantaran Khusus Farmaseutikal (PDD) yang baharu dilancarkan akan membantu meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat kepada sekurang-kurangnya 10 peratus.

Pengarah Urusannya, Rozilawati Basir berkata, syarikat itu melabur kira-kira RM5 juta untuk membeli 14 kenderaan kelengkapan sejuk dalam pelbagai saiz.

Selain itu, syarikat tersebut juga telah melengkapkan stesen-stesennya dengan sistem pendingin dan penyejuk beku serta melatih para pekerja mereka dengan pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mahu menggunakan khidmat penghantaran barangan yang sensitif suhu dan sejuk.

"Sejumlah pelanggan telah meminta untuk perkhidmatan ini dan PDD akan dapat membantu pelanggan memenuhi garis panduan 'Amalan Pengedaran Baik' yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," kata beliau semasa sidang akhbar selepas pelancaran penyelesaian PPD di sini, Isnin.

Kementerian telah menetapkan bahawa penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran mana-mana produk yang berdaftar harus berada dalam kualiti yang baik dan disimpan dengan sempurna apabila ia sampai kepada pelanggan.

"Kami telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam dekad lalu, dan kami telah berkembang menjadi peneraju utama, terutamanya dalam bidang kurier dan logistik.

"Selama bertahun-tahun, kami telah memberi perkhidmatan keperluan logistik kepada banyak syarikat-syarikat farmaseutikal di Malaysia," katanya.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain