suria

Volkswagen Sasar Jual 3,300 Unit Jetta

PETALING JAYA: Volkswagen Group Malaysia, sebuah unit Volkswagen AG, menyasarkan untuk menjual 3,300 unit model Jetta yang dipasang di Malaysia, tahun ini.

Pengarah Strategi dan Perancangan Volkswagen Malaysia Robert McAllister berkata, syarikat itu menjangka model itu menyumbang 15 peratus kepada keseluruhan sasaran jualan kereta sebanyak 23,000 unit tahun ini.

"Sasaran itu didorong oleh harga menarik yang ditawarkan oleh Volkswagen dan spesifikasi model itu. Kami yakin mampu mencapai angka itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Volkswagen Jetta yang baharu itu di sini.

Sebelum ini, model siap dipasang sepenuhnya (CBU) itu, dijual dengan harga RM151,188.

Jetta yang merupakan sebuah sedan saiz sederhana adalah model Volkswagen komponen terurai sepenuhnya (CKD) yang keempat selepas Passat, Polo Sedan dan Polo 1.6 dan dipasang di kilang DRB-HICOM di Pekan, Pahang.

Jetta yang baru dilancarkan itu dijual dengan harga RM130,888 dan boleh didapati dalam empat warna iaitu Candy White, Platinum Grey, Reflex Silver dan Deep Black. 


Jetta, Volkswagen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain