suria

Felcra Bhd Agih RM106.3 juta Dividen Kepada Lebih 73,000 Peserta

KINABATANGAN: Felcra Bhd mengagihkan RM106.3 juta bagi pembayaran dividen akhir untuk 2013 kepada lebih 73,000 peserta dengan keuntungan bersih bagi tahun itu sebanyak RM282.7 juta.

Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin, berkata pembayaran itu merangkumi RM410,000 bagi 123 anggota Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd.

Beliau berkata, Felcra telah mendahulukan bayaran dividen interim pertama dan kedua, masing-masing sebanyak RM80.8 juta dan RM95.5 juta.

"Sehingga Disember 2013, terdapat 1,483 projek penyatuan dan pemulihan di tanah kerajaan dan milik peneroka seluas 169,583 hektar di seluruh negara," katanya pada majlis Pengisytiharan Dividen Akhir 2013 Felcra Berhad dan Upacara Meletak Batu Asas Taman Perumahan PPSK Sukau di sini, Ahad.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,110 projek seluas 98,734 hektar memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM282.7 juta.

Pada majlis itu, Bung Moktar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan menyampaikan replika cek RM106.3 juta kepada Ketua Peserta Felcra Sukau, Jimran Mislong.


Artikel Sebelum

Artikel Lain