suria

High-5 Dapat Tender Buat Roti Di Bawah Jenama Fairprice

KUALA LUMPUR: High-5 Conglomerate Bhd memperoleh kontrak daripada NTUC Fairprice Co-operative Ltd dari Singapura untuk membuat roti gandum penuh/putih di bawah jenama syarikat, "FairPrice" dari 1 Mei, 2014 hingga 30 April, 2016.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak itu dijangka menyumbang kira-kira RM10 juta kepada pendapatan tahunan.

"Setelah mengambil kira semua aspek kontrak itu, lembaga pengarah syarikat berpendapat penerimaan kontrak itu adalah langkah terbaik bagi kepentingan syarikat ini," kata High-5 Conglomerate.

Artikel Lain