Zurich Jual Kepentingan Dalam MCIS Zurich

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 3:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Zurich Asia Holdings Ltd, anak syarikat milik penuh Zurich Insurance Group Ltd, memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual keseluruhan kepentingannya sebanyak 40,113,628 saham biasa dalam syarikat insurans Malaysia, MCIS Zurich Insurance Bhd (MCISZ), kepada Koperasi MCIS Bhd.

Kepentingan itu mewakili 40 peratus daripada jumlah yang diterbitkan dan modal berbayar MCISZ, kata Zurich Insurance Group dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Hong Kong pada Rabu.

Selepas selesai urusan penjualan yang dijangka pada 5 Mei 2014, hasil jualan kasar yang boleh direalisasikan oleh Zurich ialah sebanyak RM304 juta (kira-kira US$93 juta), katanya.

"Pelupusan kepentingan kami dalam MCISZ akan memenuhi komitmen yang dibuat kepada Bank Negara Malaysia untuk merasionalkan pegangan kami ke atas dua lesen, berikutan pengambilalihan Malaysia Assurance Alliance Bhd (MAA)," kata Pengerusi Zurich untuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Geoff Riddell.

Sebagai tambahan, ia juga akan membolehkan syarikat memberi tumpuan khusus kepada pembangunan anak syarikat milik penuhnya, Zurich Insurans Malaysia dan menyelesaikan sebarang kekeliruan pelanggan yang timbul akibat penggunaan jenama Zurich oleh kedua-dua syarikat yang berasingan sejak pertengahan tahun 2012.

Pada 2011, Zurich memperoleh 100 peratus daripada jumlah terbitan saham berbayar syarikat insurans am dan hayat MAA yang kemudian dinamakan semula sebagai Zurich Insurance Malaysia Bhd pada 2012.

Pengambilalihan itu menggabungkan kekuatan MAA di dalam negara dan kedudukan pasarannya dengan kepakaran insurans antarabangsa Zurich.

"Melalui Zurich Insurance Malaysia, kita sudah cukup bersedia untuk mendapatkan pertumbuhan dalam pasaran segmen insurans am serta hayat dan langkah ini akan mengukuhkan prospek pertumbuhan perniagaan tersebut dalam jangka masa panjang," katanya.

Berikutan kejayaan transaksi itu, MCISZ tidak lagi menjadi anggota atau bersekutu dengan Zurich Insurans Group.

Zurich Insurance Group ialah syarikat insurans pelbagai peringkat utama yang menawarkan perkhidmatan untuk pelanggannya dalam pasaran global dan tempatan.


Tags / Kata Kunci: Zurich , Hong Kong , MCIS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan