suria

Saham Faber Naik Selepas Umum Pengambilalihan

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Saham Faber Group Bhd meningkat 2.79 peratus pada awal dagangan susulan pengumuman mengenai pengambilalihan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (Propel) dan Opus Group Bhd, membabitkan sejumlah RM1.15 bilion.

Pada 9.58 pagi Selasa, saham itu yang dibuka pada RM2.87, disebut harga 8.0 sen lebih tinggi kepada RM2.94, dengan 295,500 saham bertukar tangan.

Hong Leong Investment Bank Research berkata pengambilalihan itu apabila selesai, akan menjadikan Faber sebagai syarikat pengurusan kemudahan dan aset terbesar Malaysia, dengan pelbagai portfolio, termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan, infrastruktur dan komersil.

"Prestasi Propel sangat baik hasil sumbangan daripada pelbagai projek penyelenggaraan manakala pendapatan tahun kewangan 2013 Opus melonjak 18 peratus susulan pertumbuhan menyeluruh dalam operasi di Malaysia dan luar negara serta sumbangan daripada anak-anak syarikat baharu.

"Secara keseluruhan, kami mengunjurkan pendapatan Faber bagi 2014 dan 2015 meningkat 7.0 peratus selepas mengambil kira angka tahun kewangan 2013 daripada Propel dan Opus," katanya.

Walaupun Hong Leong Investment Bank Research belum membuat penarafan ke atas saham itu, ia menaikkan harga sasaran Faber sebanyak 26.6 peratus kepada RM3.51.

Faber, saham, pengambilalihan

Artikel Sebelum

MNRB Ringgit Savvy di MSAM

Artikel Berikut

Artikel Lain