Maybank Sasar Jualan RM180 Juta Pada MSAM 2014

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 1:07 PM

Maybank
(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Maybank menyasarkan jualan sebanyak RM180 juta pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2014, yang berlangsung selama lapan hari bermula Ahad, berbanding RM126 juta yang berjaya dicapai pada MSAM 2013 di Kangar, Perlis.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Hamirullah Boorhan menjangkakan segmen pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menjadi penyumbang terbesar dalam memenuhi sasaran bank berkenaan.

"Untuk tahun ini, kita akan bagi tumpuan yang lebih untuk mempromosi ASB2 yang baru dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terutama kepada golongan muda," katanya kepada Bernama pada MSAM 2014, di sini Isnin.

Selain ASB, Hamirullah berkata, Maybank juga pada MSAM kali ini menawarkan produk kad kredit yang merupakan antara produk Maybank yang menerima permohonan tinggi setiap tahun, selain pembiayaan sewa beli.

"Selain kami (Maybank), karnival ini turut disertai rakan niaga PNB lain seperti Perodua dan UMW, dengan setiap jualan yang dilakukan oleh syarikat ini, kita akan tawarkan pinjaman sewa beli serta-merta.

Katanya, ketiga-tiga produk ini merupakan produk yang mendapat sambutan paling hebat berbanding produk lain Maybank.

Daripada RM180 juta itu, Hamirullah berkata, Maybank menyasarkan RM100 juta menerusi jualan ASB, bersamaan kira-kira 10 hingga 15 peratus daripada jualan bulanan ASB Maybank.

"Untuk sewa beli pula, kami menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta, yang merangkumi 10 hingga 15 peratus daripada jumlah sewa beli Maybank setiap bulan," katanya.

Hamirullah yakin Maybank dapat mencapai sasaran tersebut, berpandukan rekod kehadiran pengunjung MSAM negeri Kelantan pada karnival pertama tahun 2000 yang mencatatkan purata 38,000 pengunjung setiap hari, dengan jumlah keseluruhan pengunjung seramai 190,000 selama lima hari.

Tapak pameran Maybank di MSAM 2014 turut menyediakan pusat rundingan percuma mengenai pelaburan dengan pegawai Maybank memberi nasihat percuma kepada para pengunjung mengenai saham-saham amanah yang baik untuk tujuan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.

"Kita juga bakal memberi tunjuk ajar mengenai penggunaan aplikasi 'Maybank2u' secara lebih mendalam.

"Di sini, pengunjung boleh mendaftar untuk aplikasi ini dan kita boleh menunjukkan cara menggunakannya serta manfaat perbankan Internet," kata Hamirullah.

Beliau berkata berdasarkan statistik, jumlah pengguna yang mendaftar untuk 'Maybank2u' di MSAM meningkat setiap tahun. 

"Untuk mereka yang berpendapatan tetap, permohonan ASB dan kad kredit juga diluluskan segera, dengan kurang 10 minit bagi permohonan ASB," katanya.

Tahun ini Maybank menggunakan tema sukan untuk tapak pamerannya, dengan memilih badminton sebagai sukan, yang juga rakan sukan Maybank.

"Kita menyediakan bengkel bermain badminton di tapak pameran ini yang bakal dikelola oleh beberapa pemain kebangsaan, di samping beberapa permainan tradisional seperti congkak dan menimbang bulu tangkis," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan