suria

Untung CIMB Thai Q1 naik 40.8 Peratus

KUALA LUMPUR: CIMB Thai Bank PCL mencatatkan gabungan keuntungan bersih kira-kira RM44.3 juta untuk suku pertama tahun ini, meningkat 40.8 peratus tahun ke tahun.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd itu berkata, sebahagian besar peningkatan itu disebabkan pertumbuhan pendapatan faedah bersih, yuran bersih dan pendapatan perkhidmatan.

Pinjaman kasarnya berjumlah 171.9 bilion baht (100 bahts = RM9.25) untuk suku pertama, meningkat 0.4 peratus suku ke suku.

Pinjaman tidak berbayar kasar berjumlah 5.5 bilion baht, bersamaan nisbah pinjaman tidak berbayar kasar 3.1 peratus.

"Ini adalah peningkatan daripada 2.5 peratus pada 31 Disember 2013 disebabkan kemelesetan ekonomi dan peningkatan dalam korporat dan segmen runcit tertentu," katanya.


CIMB, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain