Sektor Runcit Penting Untuk Ekonomi Negara

Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sektor runcit, penyumbang keempat terbesar kepada ekonomi negara selepas minyak dan gas, pertanian dan pengilangan, merupakan bahagian penting masa depan ekonomi Malaysia.

Oleh itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menekankan mengenai pentingnya belajar daripada pengalaman dan memanfaatkan asas yang sudah disediakan untuk memperoleh kejayaan yang lebih mampan.

"Sokongan dan bekerja bersama-sama akan menjamin pertumbuhan dan kejayaan industri runcit," katanya pada majlis pelantikan anggota Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini Malah Khamis.

MRCA ialah persatuan bagi rangkaian penjual dan pemegang francais yang beroperasi di lebih 10,000 premis dan menyediakan lebih 100,000 pekerjaan.

Majlis itu meraikan pelantikan 19 anggota baharu majlis berkenaan bagi penggal 2014-2016.

Presiden baharu MRCA Datuk Liaw Choon Liang dalam ucapannya berkata MRCA menyediakan anggotanya ruang untuk berkongsi pengalaman dan meluaskan rangkaian.

Liaw yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Bhd, berkata beliau komited mengetuai MRCA bagi mencapai tahap tertinggi.

"Masa depan dunia perniagaan, terutama industri runcit, menawarkan peluang serta cabaran yang besar, kita tidak boleh hanya mencapainya bahkan mendahuluinya dan bersedia.

"Kita boleh berusaha untuk mencergaskan industri, menjadikannya lebih menarik dan menguntungkan supaya dapat meningkatkan MRCA ke suatu tahap yang lebih tinggi," katanya.


Tags / Kata Kunci: Malaysia , KPDNKK

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan