suria

Melaka Sasar Kerjasama Ekonomi Dengan Tianjin

MELAKA: Melaka sedang mengintai kerjasama ekonomi dengan Tianjin, yang merupakan antara bandar terbesar di China, dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, tenaga dan industri berat.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kedua-dua bandar telah berkembang pesat, dan kerjasama ini menawarkan peluang untuk kedua-duanya merebut peluang untuk meneroka perniagaan masing-masing.

"Kerjasama ini juga menawarkan Melaka peluang mendapatkan kepakaran Tianjin, terutama dalam membangunkan sektor pelancongan.

"Melaka dan China mempunyai sejarah hubungan dua hala yang panjang dan dengan kerjasama ini kita berharap dapat menggalakkan pemahaman yang lebih baik antara penduduk kedua-dua negara," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Idris berkata Melaka dan Tianjin masih mengusahakan butiran kerjasama ekonomi ini yang diharapkan akan membawa berbilion-bilion (ringgit) untuk kedua-dua bandar.

Beliau berkata Melaka bakal menjadi rakan kongsi ekonomi yang tidak ternilai untuk Tianjin.

"Selain daripada pelancongan, makanan halal dan industri teknologi hijau, kita juga mempunyai industri teknologi tinggi yang baik seperti bahan komposit untuk kapal terbang. Banyak yang boleh kami tawarkan untuk Tianjin," katanya.

Sebelum itu, Idris menerima kunjungan hormat daripada 21 anggota delegasi bandar Tianjin yang diketuai Li Fu Ming, Pengarah Kerajaan Awam, Suruhanjaya Pentadbiran dam Pemantauan Aset Pihak Berkuasa Tempatan Tianjin.

Melaka, Tiangjin, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain